Hai.......... setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya 'holiday' panjang pun menjelma.... happy bukan kepalang aku dibuatnya. dari minggu lepas, minda dan otak ku dipenuhi malahan meliampah-limpah dengan segala plan dan idea untuk mengisi masa lapang cuti panjang ku.
Tetapi.... hanya dua plan yang berjaya dilaksana sampai sekarang iaitu plan untuk...... TIDO mati sampai mencecah jam 12 tengah hari dan plan tegok drama Cina yang berepisod-episod panjangnya tapi sekarang aku dah naik boring dengan drama itu... tak pa esok aku nak tengok citer hantu "Mat Salleh' pula... tukar taste la katakan......
Nie, mesti ada yang hairan apasal la Si Doralin ni.... suddenly nak blog dalam BM....mengada-ngada betul!!!!
Yala, aku baru je jumpa balik (Jumpa kat internet la bukan kat tengah jalan la) kawan baik lama aku kat UM dulu, Si Salina.... Yala dulu aku, dia dan twin aku Si Alice selalu ke hulu ke hilir bertiga..... kadang-kadang Si CT ada juga tapi.... tah mana Si CT itu sekarang....... kami ke kuliah bersama, duduk kat depan bersama, makan kat Pekan Siswah bersama, ke Library bersama..... seronoknya!!!!!
Si Salina ni suka warna hitam, so dia selalu bertudung hitam jadi aku pun start bagi dia gelaran 'Wanita bertudung Hitam'. Selalu je dengan tudung hitam dan senyuman ayu lagi manisnya.... 3 tahun kat UM boleh katakan setiap hari dia bertudung hitam hinggala satu hari pada tahun ketiga...... tiba-tiba dia muncul di bilik kuliah dengan tudung pink!!!!!! Terkejut aku dan Alice dibuatnya..... Kami terus mengejeknya dan dia pula senyum-senyum simpul, ala malu-malu kucing la tu.... ala bukan kami je yang perasan yang coursemate yang lain juga perasan la. Memang aku tak akan lupa peristiwa itu sampai bila-bila..... Tetapi malangnya, after that incident... dia kembali dengan style lamanya memakai tudung hitam......
Sekarang kat Australia pun bertudung hitam lagi ke, bakal Dr. Salina? atau dah tukar fesyen bertudung purple ke, biru ke.... cun juga tu tambah dengan senyuman ayu lagi menawan Dr. Salina, tentu ramai jejaka tampan yang akan masuk meminang. Hahahahaha!
Si Twin Alice aku pula, dah nak kahwin bulan disember ni..... Wah! Tak sangka ye twin aku dah nak berumahtangga. Uwaahhh! terharunya, tersangat sedih plus gembira ( Congrats twin). Twin aku ni wajah baby facenya tak ubah-ubah sejak 1998.
Aku masih ingat lagi, diala yang selalu suka pergi menolong dan mengacau senior-senior cacat penglihatan aku di UM. Cakap je nama Boon Kiaw tentu Dr. Wong, Chuah, Lai Seng, Joseph, Zamri, Mat Nor, Zamzuri, Arshad, Masitah dan lain-lian akan ketawa terbahak-bahak mengenangkan telatah lucu dan garang 'olok-olok' Si twin aku. Dia boleh dikatakan ramah dengan mereka sehinggakan riuh rendah bilik karel di Perpustakaan UM kalau ada Alice nie.
Hmmm....... well those are the good old days....
1 comment:
hi Doraline.
actually, nak panggil u Doraemon!! Hahaha. U still use that word huh.."Hang" like it. i pun terjangkit. RIndu memori daun pisang kita bersama2. Hahahah.
Okay, from now on, i panggil kembali dgn nama Anna and The King. i give u back ur old title.
keep blogging and keep sharing story.
Post a Comment